SAHABAT

Well, assalamualaikum bloggers. 

Memandangkan dah bertahun aku tak update entry baru and now baru tergerak hati nak buat. Sebab MALAS! Ni nak cerita sedikit sebanyak pasal KAWAN. Oh pada yang blur blur ayam lagi yang macam tak tahu aku buat apa sekarang, haa ni nak bagitau ni sekarang ni aku masih lagi study, Aku study dekat KLMU dalam jurusan Culinary Arts, semester 4 :)


Pum pam pum pam, elexender! Lol 

Aku dah setahun or maybe lebih dah belajar dekat sana. Memang ramai kawan yang aku jumpa. Oh nak share sikit, dulu aku sempat duduk hostel for about 4 months kot then ualang alik dari rumah. Lepas kejadian hostel kitorang kena pecah masuk. Mak aku cakap better stay rumah, semua nak ada and lebih senang. Kalau nak cakap pasal berdikari tu memang tak dapat la nak nolong -__- tak pernah nak berdikari even sekarang umur dah 19 tahun. Takpe Dhanial always comel, eh k tak!

First kawan yang aku kenal Abdul Rahman Hanipah. Memang start dari register college sampai ke hostel semua sama dengan dia. Aku lebih senang panggil dia Man. Nak dijadikan cerita, si Man ni satu hostel dengan aku and satu bilik dengan aku. Kira buat apa semua dengan dia kecuali benda2 private memang asing la. K lame -__- dah hostel sama, course pun sama and semua class pun sama. Pergi class sama, balik class, makan, assignment, lepak and semua la sama2. Paling aku tak boleh lupa dia sanggup teman aku pergi hospital sebab aku kena bukak jahitan dekat siku kiri aku. Sumpah aku hargai pengorbanan kau.


Yup depan sekali ni Man or Rahman :)

Then masa nak register subject terjumpa la dengan Dirah and Mira dekat block A dekat depan lift. Diorang pun time tu tengah sibuk nak settlekan pasal subject. Biasalah baru sem 1 time tu. At first memang tak kenal diorang ni, pernah nampak masa orientasi jelah dalam class sekali dua macamtu. Then tiba2 diorang tanya pasal subject apa semua. Nak tak nak memang ambil semua 1 class la. Kira kelas kitorang semua sama. 

After a week gitu baru mula sesi perkenalkan diri. Eh sebenarnya takde pun sesi tu, memang jumpa semua buat macam dah lama kenal. Hehe :P dengan Dirah and Mira ni la aku dengan Man selalu berkepit dari sem1 sampai sem3. Kalau boleh semua benda nak buat sama2. Even nak register exam pun nak kira 1 2 3 baru nak tekan register. Alahai comel je memasing. Susah senang semua bersama dari sem1 lagi. Tapi sedih sem ni, yang mana sem4 semua dah berpecah. Berpecah sebab apa? Sebab masa pre-registration tak buat sama. Ada lambat ada cepat. But seriously banyak gila kenagan dengan diorang.


 Dirah and Mira :)


Masa ni excited semua bila first class pakai jacket chef.:D






Banyak lagi actually gambar kitorang berempat.


Tapi seriously yang buat aku nangis dekat hospital is because of them. Diorang sanggup melawat aku dekat HUKM dengan naik LRT and taxi. Bila aku keluar dari dewan bedah and sedar je dari bius aku tengok diorang dah ada dekat hospital. That time sumpah aku terharu. That's why i cried in front of them. Aku memang nak tahan nangis but i can't. Dari situ kita tahu siapa kawan and siapa sahabat. Yup diorang ni aku boleh panggil as sahabat. Terlalu banyak pengalaman bersama. Tak kira pahit atau buruk kitorang still bertahan sampai sem3. Seriously aku berharap sem 5 ni sama class balik dengan diorang. Diorang kenal aku macam mana. I don't have to pretend depan diorang. What i need is YOU GUYS back! seriously :( 

Till then, bye.

5 Sebab Aku Malas Update Blog

Sini aku nak share sikit apa masalah aku sebenarnya tak update blog berbulan2. Bukan aku saje2 tak nak update ke apa kan. Tapi alhamdulillah sepanjang 3 bulan aku tak update followers makin ramai. Bukan nak bangga diri ke apa, tapi aku rasa kesian dekat diorang. Dah follow then takde cerita. Buat apa follow kan kalau macamtu -.-


First, sebab facebook. Aku memang ramai crush dekat facebook, so haruslah on fb untuk stalk mereka2 ni kan. Haha macam haram je perangai. Then aku rasa famous bila ramai orang like status aku. Tu yang aku tak berganjak dari fb tu. Oh tambahan pula aku kerap IM. Kalau IM tu 10 minit takpe, ni sampai masing2 dah bosan. Sampai jawab pun merapu2 sampai tulis K je -.- tempoh masa yang diambil 8/9 jam.


Second twitter. Dekat sini pun aku rasa macam artis bila ramai orang retweet tweets aku. Sangat kan? Puii. Lepas tu bila aku dah baca tweet2 yang terpampang dekat timeline memang tak nak lama pulak aku baca satu persatu? Budak twitter semua awesome okay :P tempoh masa yang diambil 5-6 jam.


Peberet kalau online. Dekat sini aku boleh berangan jadi artis apa semua kan. Kalau berlakon pun apa salahnya, lol. Sekarang seriously aku sangap tengok Opera Van Java and semua cerita dari indon. Entah la kenapa. Kadang2 aku layan movie pun dekat youtube jugak. So tempoh masa yang diambil 6-7 jam.


Ni perlu ke aku terangkan dekat korang lagi? Macam tak perlu je kan. Siapa kata dia tengok tv 1//2 jam je memang sah2 menipu. Walaupun cerita ulang doplohpat kali, kau tetap nak tengok kan. Lifeless gila. Lagi2 dah habis SPM ni tengok tv jelah memanjang, haih malasnya la nak kerja bagai. Rasa di hati memang nak kerja, tapi....


Haaa ni la sebab2 aku malas nak update. Sebab blog aku pun takdelah dapat sambutan hangat macam blog korang2 kan. Kadang2 rasa down gila bila followers tak gerak, hhhhmmmkay! -.-

Hope You Recover Real Soon :)

Well hye readers! Lepas kita bergelak ketawa dengan akak Didi korang dalam etry yang lepas, kali ni abang Dhan nak ajak korang sama2 hayati cerita abang Dhan.

Nak di mulakan cerita, abang Dhan kau ni hanya ada tiga sahabat je dekat sekolah yang pelajarnya beribu2 tu. Means sahabat karib! Kira tak seronok aktiviti harian kalau salah sorang takde. Sahabat2 ni terdiri daripada abang Dhan sendiri, abang Deanial dan abang Qahar. Macam sesat je tiba2 Q pulak. Oh anak angkat kot? Haha. Kira abang Dhan memang duduk sekali dengan diorang ni sepanjang 2010 and 2011. Mesti nak ada sangkut paut jugak! Hihi, comel.


Antara gambar2 yang abang Dhan sempat save. Ada banyak lagi sebenarnya, abang Dhan malas je nak tayang semua dekat korang. See, semua benda nak bersama kan. Tapi takdelah 24/7 berkepit je. Sometimes terpisah kejap then jumpa balik :P


Tiba2 dalam 2 hari lepas, kitorang dapat tahu abang Deanial korang kena serangan penyakit appendiks. Kalau korang tak tahu penyakit apa tu, meh abang Dhan share dengan korang okay!


Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).


Yup, kadang kala penyakit ni boleh membawa maut kalau tak merawat dari awal. Dalam kes abang Deanial ni apendiks dia dah pecah. Nasib baik awal hantar ke hospital. Tak tahu la apa jadi kalau lambat. Mula2 abang Dhan terkejut bila mak dia sms kata abang Dean dekat wad kecemasan. Mana tak terkejut, siang haritu baru jumpa dengan abang Dean korang. Dia jadi hero kejap tolong tunda baby N pergi bengkel. Malam tu pulak dia dah tak boleh bangun sebab sakit yang teramat. Berguling2 sakit perut (ni apa mak dia cerita, hehe) kau. Korang mampu? -,-


Then lepas hantar hospital, dia kena menjalani pembedahan jugak. Sebab doctor kata apendiks dia dah pecah. Time tu kitorang semua dekat Kuale, kedai makan depan sekolah. Hari isnin bersamaan dengan paper agama. Pagi dalam pukul 10 mak dia sms bagitahu abang Dean akan di operate. Mak dia mintak kitorang sama2 doakan dia. So aku dah mula risau, dengan SPM tak terjawab. Haiyo! Pembedahan mengambil masa yang begitu lama, dalam 5 jam macam tu. Gila apa 5 jam? Kalau pergi shopping satu bangunan kot boleh habis. Okay tipu! -,-


Esoknya abang Dhan dengan abang Qahar pergi melawat dia dekat hospital. Seriously, rasa lain gila bila tengok dia pakai baju hospital. Aku rasa kesian sangat sebab dia nak jalan untuk berak pun tak mampu. Tu yang berak berbelas kali atas katil tu, hihi. Dia mengadu sakit apa semua. Tapi apa boleh kitorang buat kan. Paling abang Dhan sedih time dia makan bubur nasi. Serious abang Dhan tak main2. Selama ni selalu tengok dia makan makanan sedap2 and banyak2 now kena makan bubur2 and sikit2 je, haha. Apa boleh buat, demi kesihatan kau jugak Deanial.


See, kesian kan. Sebelum ni dok main kejar2 sama2 now aku kena main kejar2 sorang2. Kalau selama ni selalu jalan sama2 sekarang aku kena jalan sorang2. Wish you a speedy recovery abang Deanial! We all miss you. Hurmm :')

Tudung VS Fashion

Hello, entry kali ni kak Didi nak cakap pasal tudung. Akak tahu ramai dekat luar sana obses nak pakai tudung cantik2 macam Hana Tajima, Yuna dll. Kak Didi percaya mesti ramai perempuan dekat luar sana tengah mengeletik nak baca pasal isu ni. Bawak bersabar okay! Yang si lelaki2 boleh je nak mengeletik sama, akak tak kisah. Hihi

Dulu masa akak Didi kecik2, akak selalu tengok mak akak pakai tudung bawal kalau nak ke pasar ke, kerja ke, pergi mengumpat ke. Opsss! Tapi serious, dulu tudung bawal sangat famous sampai ada tudung bawal KLCC. Haaa gila kau nak letak KLCC dekat atas kepala. Akak tak sanggup uolls. Meh akak nak share gambar sikit k.


Haaaa uolls boleh pakai macam ni kalau nak ke pasar, nak pergi mengumpat atau nak pergi tempat2 santai. Lebih sesuai dipadankan dengan cermin mata hitam.


Kalau gaya ribbon yang tak berapa nak menjadi ni, uolls boleh pakai kalau ada dinner atau kenduri kahwin. Lebih nampak formal walaupun hancur dipandang orang. Agak2 nak berangan jadi Datuk Siti, tarik tudung ke belakang sedikit tunjukkan rambut uolls yang lawa tu.


Lepas tudung bawal, datang pulak selendang. Macam2 selendang la ada, pening akak nak listkan. Selendang atau shawl ni gemar dipakai oleh anak remaja masa kini. Tapi akak tak terkejut bila tengok mak cik 56 tahun pun pakai shawl. Nak bergaya tak kira umur kan, hehe.


Ni salah satu gaya yang dipakai oleh budak2 sekarang. Banyak gaya lilitan sekarang yang memeningkan akak. Terlalu banyak, tapi bagi akak Didi gaya macam ni pun dah okay! Rimas la nak lilit2 ni. Kang menangis Hana Tajima tengok akak bergaya lebih dari dia, hihi.
p/s: Jangan sesekali pakai tudung dengan t-shirt lengan pendek, sangat hodoh.


Lepas selendang, mai pulak tudung daripada indon. Syria bagai, akak sabar jelah. Beli banyak2 selendang sekali syria pulak jadi kegilaan. Kfine, akak pun gagahkan diri beli banyak2 tudung syria. Akak bukan apa, akak memang pengemar fashion! Ahhh gitu.


Tapi akak nampak lebih comel pakai tudung syria ni. Tak payah susah payah nak buat botox, hihi. Tudung ni boleh dipakai dekat mana2 je. Nak pergi kerja ke, nak pergi pasar ke, nak shopping ke, even kau nak serang rumah orang pun boleh. Senang di pakai dan selesa.


Okay sedikit informasi akak Didi dah share dekat uolls. Jangan lupa tinggalkan comment. Tapi ingat jangan sesekali lupa puji muka akak pakai tudung okay? :P Assalamualaikum


I'm Back!

Memandangkan dah berbulan2 aku tak update dengan cerita merepek aku, hari ni baru ada peluang nak update. Entah kenapa aku terpanggil balik nak update dengan cerita baru entah -.- eh kejap, ada ke orang kesah kalau aku update ke tak kan? Tapi aku tahu, mesti ada punya, lol.

Okay now aku nak cerita pasal SPM. Alhamdulillah, hari ni hari dah hari ke 4 aku amik paper. Rasanya dah boleh simpan jauh2 kot buku BM, BI, SEJARAH, MATH and ICT. Tak simpan pun aku sedekahkan dekat mana mana yang patut. Tapi masalahnya mana yang patut tu aku tak tahu dekat mana. Heh. Ni aku nak cerita hari2 aku dekat dalam dewan SPM sepanjang 4 hari ni.

Hari pertama: Sebelum subuh aku dah bangun awala2 dah. Bukan bangun sebab excited nak jawab exam, tapi aku sakit perut. Mungkin sebab perasaan nervous tu dah sampai ke perut kot, entah la. And time nak masuk dewan pulak, aku dah mula rasa kecut. Tiba2 aku dapat rasakan berat aku menurun 40kg. Tangan menggigil lutut mula longgar. Kalau betul2 jadi macamtu tak tahu la macam mana. Confirm semua lari balik rumah tak nak ambil SPM. Over.

Hari kedua: Hari kedua aku rasa lega sikit. Bangun pun dah mula lambat. Paper start pukul 8 pagi, aku boleh buat peace lagi bangun pukul 7.30. Bangun2 dari katil terus tengok jam, dah tahu pukul 7.30 and dah lambat aku pergi sambung tidur balik. Cis bedebah punya katil! -.- aku lega sikit, sebab paper english. Aku tak kata aku hebat in english, tapi tak tahu kenapa. Aku rasa confident sangat nak jawab paper english. Maybe aku ada keturunan pan-asian kot. Lol kbye

Hari ketiga: Memandangkan Hari kedua dah terlewat dan aku tak nak benda berulang aku usahakan diri untuk kunci jam. Aku set pukul 6.30 pulak. Padahal paper pukul 8 kan. Mula2 jam pertama dah bunyi, aku tengok phone and aku tekan snooze. Second bunyi pukul 6.45 aku tekan snozze lagi. Berterusan sampai pukul 7.35 and tengok jam terus tak tekan snooze. Terus 'snooze' kan diri ke bilik air kelam kabut. Cis snooze bagai, takde perubahan pun rasanya -.- forever loser.

Hari keempat: haa hari ni okay la sikit aku bangun awal and keluar rumah awal. Rasa like a boss je keluar rumah sambil lambai2 tangan dekat jiran sebelah2 rumah sebab bangga berjaya bangun awal. Tapi harapan la jiran nak lambai balik, alih2 lambai dengan selipar kot -.- macam biasa naik baby nouvo ke sekolah. Dah tiba2 nak sampai sekolah dah, motor pulak buat hal mati tiba2. Haha lawak apa sial motor aku. Tak kena tempat kot nak berlawak dengan aku. Aku try start macam orang gila kot. Still tak boleh start, k ni serious lawak baby N. Eff you! Suddenly teringat, haritu ada simpan no cikgu Kariani. Dia kata kalau ada apa2 masalah just give her a call. So aku pun call la dia suruh ambil aku. Jam dah menunjukkan puku 8.00 pulak -.- then dia ambil aku naik kereta, and yes once again, aku rasa like a boss. Tapi kali ni tak lambai dah, sebab ketiak aku basah tahap maksimum disebabkan aku tolak baby N aku. Tiba2 rasa macam nak angkat ketiak letak dekat aircond kereta -.-

OH YEAH BABY, 3 MORE PAPERS AND ILL FREE. JYEAH! :-D

Stop Mocking Me! Enough.


Kadang2 rasa malu sangat bila mengalami penyakit ni. Dalam kes aku, ketiak menjadi masalah. Tapi nak buat macam mana, bukan kita yang mintak. Dia yang sibuk2 nak hinggap dekat tubuh aku. Kfine terpaksa akur. Lepas aku research dekat internet, wow! Guess what? Ramai gila senasib dengan aku. Macam2 komen aku baca. Antaranya;


dan juga



Okay meh sini aku nak share apa kejadah hyperhydrosis ni. Jangan suka mengejek je, amik tahu sikit. Dan sometimes aku akan terasa gila kalau kawan sendiri memperlekehkan penyakit aku ni. Malu gila
__________________________________________________

Hyperhydrosis
Berpeluh berlebih - lebihan.


Hiperhidrosis adalah keadaan perubatan di mana seseorang berpeluh berlebihan dan tanpa diduga. Orang dengan hiperhidrosis boleh berpeluh walaupun suhu sejuk atau apabila mereka berada di tempat lain.

__Punca, kejadian, dan faktor-faktor risiko__

Berpeluh membantu tubuh tetap sejuk. Dalam kebanyakan kes, ia sememangnya semula jadi. Mereka berpeluh lebih apabila suhu panas, apabila mereka bersenam, atau sebagai tindak balas kepada situasi yang membuat mereka , marah, malu, atau takut.

Bagaimanapun, peluh berlebihan berlaku tanpa mencetuskan apa-apa. Mereka dengan hiperhidrosis muncul untuk mempunyai kelenjar peluh yang terlalu aktif. Peluh yang tidak terkawal boleh membawa kepada ketidakselesaan yang ketara, kedua-dua fizikal dan emosi.

Apabila peluh berlebihan menjejaskan tangan, kaki dan ketiak, ia dipanggil hiperhidrosis primary atau tumpuan. Hiperhidrosis primary menjejaskan 2 - 3% daripada penduduk, tetapi kurang daripada 40% daripada pesakit dengan keadaan ini dapatkan nasihat perubatan. Dalam kebanyakan kes hiperhidrosis primary, menyebabkan tidak boleh didapati. Ia seolah-olah faktor keturunan di dalam keluarga.

Jika berpeluh berlaku akibat masalah kesihatan yang lain, ia dikenali sebagai hiperhidrosis sekunder. Berpeluh boleh seluruh badan, atau ia mungkin dalam satu kawasan. Rawatan mungkin termasuk:

Antiperspirants. Peluh berlebihan boleh dikawal dengan perspirants anti-kuat, yang palam saluran peluh. Produk yang mengandungi 10% hingga 15% aluminium klorida hexahydrate baris pertama rawatan untuk berpeluh ketiak. Sesetengah pesakit yang ditetapkan produk yang mengandungi dos yang lebih tinggi klorida aluminium, yang digunakan setiap malam ke kawasan-kawasan yang terjejas. Antiperspirants boleh mengakibatkan kegatalan kulit, dan dos besar aluminium klorida boleh merosakkan pakaian. Nota: deodoran tidak menghalang berpeluh, tetapi membantu mengurangkan bau badan.

Ubat. Anticholinergics dadah, seperti glycopyrrolate (Robinul, Robinul-Forte), membantu untuk menghalang rangsangan kelenjar peluh.
Walaupun berkesan bagi sesetengah pesakit, ubat-ubatan ini tidak dikaji serta rawatan lain. Kesan-kesan sampingan termasuk mulut kering, pening, dan masalah dengan membuang air kecil. Beta-blockers atau benzodiazepin boleh membantu mengurangkan tekanan berkaitan berpeluh.

Ini prosedur yang diluluskan oleh FDA menggunakan elektrik untuk sementara matikan kelenjar peluh. Ia adalah yang paling berkesan untuk berpeluh tangan dan kaki.Tangan atau kaki diletakkan ke dalam air, dan kemudian arus lembut elektrik melaluinya. Elektrik secara beransur-ansur meningkat sehingga pesakit merasakan sensasi cucukan yang ringan. Terapi ini berlangsung selama kira-kira 10-20 minit dan memerlukan beberapa sesi. Kesan-kesan sampingan termasuk retak dan lepuh kulit, walaupun jarang.

Botulinum: jenis toksin A (Botox) yang diluluskan oleh FDA untuk rawatan peluh ketiak teruk, keadaan yang dikenali sebagai hiperhidrosis axillary utama. Dos kecil toksin botulinum suci disuntik ke dalam ketiak sementara menyekat saraf yang merangsang peluh. Kesan-kesan sampingan termasuk sakit tapak suntikan dan gejala selesema. Jika anda sedang mempertimbangkan Botox untuk kawasan-kawasan lain mengenai peluh berlebihan berbincang dengan doktor anda secara terperinci. Botox digunakan untuk berpeluh tapak tangan boleh menyebabkan kelemahan dan kesakitan yang teramat sangat sederhana, tetapi sementara.

Botox: Bengkak hilang dalam beberapa minggu. Kesan suntikan satu boleh bertahan untuk beberapa bulan. Sesetengah pesakit memerlukan suntikan tambahan.

Iontophoresis: Berpeluh boleh dikurangkan selepas enam hingga 10 sesi. Selepas itu, orang itu mungkin perlu rawatan sekali setiap minggu 1-4.

___________________________________________________

Antara nama2 terkenal yang mengalami penyakit Hyperhydrosis;


Cameron Diaz

Marc Anthony

Michelle Obama

Gerard Butler

Naomi Campbell

America Ferrera

Steve Carell

Sarah Lancaster

Ye saya di antara golongan2 tersebut. But still sedih :'( Kbye.

Sukan Tahunan

Semasa orang lain sibuk berlari..


Aku pun sibuk bergambar.

Kau mampu lari tengah2 padang sambil semua pandang jijik dekat kau? Zzzzz -.-

Tips Meningkatkan Daya Ingatan

Okay kali ni laki Mak Jemah pulak nak membebel dekat sini. Macam korang dah baca dekat title kan, kali ni Mail nak bagi tips yang mungkin berguna dekat korang semua. Tips meningkatkan daya ingatan. Nowdays anak2 modern semua dah lembab2, semua benda nak lupa. Okay termasuk Mail Lambung jugak -.-



Tangan

Contoh 1: Ahmad tak boleh ingat apa mak dia pesan 3 hari lepas.
Tip : Belai kepala yang benak tu berulang kali sambil cakap perlahan lahan dekat diri sendiri. "Apa mak pesan, apa mak pesan" sambil buat muka sedih ye. Ulang 27 kali. InsyaAllah berkesan.



Motif nak guna kuku macam ni? *pengsan

Contoh 2: Abu tak boleh ingat apa cikgu dia pesan 30 minit lepas.
Tip : Haaa kali ni tak payah belai. Dalam kes ni, suruh kawan korang yang belaikan. Tapi buat cara kasar sikit, suruh kawan korang belai guna kuku. Lagi berkesan kalau perempuan yang belaikan. Kalau berdarah lebih bagus. Ulang sampai kau hengat, okay?


Pilih ikut size kepala

Contoh 3: Milah tak boleh ingat apa boyfriend dia pesan 3 minit lepas.
Tip : Apa teruk sangat lah perangai. Kali ni takde istilah belai dah, kali ni hentak je kepala korang dekat lantai. Kalau nak cepat suruh je siapa2 hentak kepala guna hammer. Yang ni buat sekali sudah memadai. InsyaAllah berkesan :')

Merah VS BBQ

Ye semenjak dah start active blog ni ada je cerita aku nak sumbat dalam blog aku kan. Haruslah gigih, kang followers pakat dok berambuih. Tak mati Mak Jemah tengok? Mak Jemah famous okay, haa gituu. Kau mampu ada bf kaki lambung? Mak Jemah je mampu, kan Mail Lambung?! -.-

Okay intro mengarut macam amshsysbx!!!


Okay, tadi Puan Hayati ada buat BBQ dekat rumah dia. So apa lagi, akulah orang paling excited nak pergi. Sekali sampai aku makan ayam seketulzzzz jewww, dah tu ratah tengkok pulak. Memang kenyang sampai sekarang kan. Zzzzz. Makanan banyak habis pulak, sadis. Ni semua Arni punya salah! Damn you.


"Buatlah macam rumah sendiri!" -Arni
Wahhhh, Puan Hayati pun tak cakap macamtu, ni anak murid dia pulak tolong cakap kan. Hebat eh kau Arni? -.- bagi direction ntah pape pulak tu, k terima kasih banyak Arny! -.-


Gambar kelas harus ada.


Anyways, thanks banyak2 Puan Hayati. Lain kali buat lagieww eh? -.- Oh ye, dah kenyangzzzz kenalah bersidai macam duyung kan? Kaki pula harus dilunjurkan ke depan. Gitu. Eh silap macam DUGONG lebih sesuai kot! Kbye.

____________________________________________________________


Larian satu murid, satu sukan, satu Malaysia telah berjaya diadakan pada 2 Julai 2011 bertempat di SMKCJ.


Eeeee sakit lutut ke haperr?!


Oh tak bersalah pulak dah, tanya sakit lutut je padahal -.-


Okay fine, jangan nak tengok atas sambil nganga mulut sangat la. Susah sangat ke nak jawab soalan aku? Korang sakit lutut keeeeee???!!!! -.-


"Ntah pape tak nak jawab soalan, huuuu~" - Syazwan
"Haha comel pulak aku tengok Dhanial ni" -Nik
"Nik, kang aku lempang kau pulak. Kita cakap pasal lutut!" -Aini

ZzzzZZZzzzz

Cucuk Dalam

Aku bengang dengan mak aku. Bila tengok artis lawa sikit, tajam sikit, pelik sikit, mesti mak aku akan ulang dialog yang sama. Sampai kadang2 tu siap bergaduh dengan aku. Nasib je rumah takde gelanggang kan :')

Dialog1: "Tengok muka dia, tajam semacam je. Mesti baru botox ni"
Dialog2: "Dah lama tak keluar tv. Macamni muka dia sekarang, botox lah tu"
Dialog3: "Sah BOTOX!!!" *amboi yakin betul cik ina ni -.-

Aku hanya mampu berzikir banyak2, kalau gaduh pun tak guna. Nanti cik ina kita akan menang jugak. Baik aku diam je. Aku pelik betul lah, macam manalah mak aku hebat sangat boleh spot mana botox mana tak botox. Aku takde masa pun nak tengok dia botox ke tak.



Yang penting, hader aku kesah kau botox ke tak?! -.-

Mungkinkah?



Pada 6, 7 dan 8 haribulan 5, Dhanial dan kawan perempuannya melancong di Melaka. Tetapi entah mengapa Dhanial begitu malas untuk menceritakan apa yang berlaku sepanjang di sana. Apa2 pun Dhanial sangat happy dapat meluangkan masa bersama. Mungkin ini yang terakhir dapat bergurau dengan Faz? Atau ini ialah first vacation dan mungkin menjadi last vaction bagi kita? Well, i hope this is not the last.

Masa untuk bergembira sudah pun berlalu, kini Dhanial harus menumpukan sepenuh perhatian dalam peperiksaan pertengahan tahun. Malah SPM sedang rancak membuat countdownnya. Masa berlalu begitu pantas. Apa akan jadi seterusnya? Hanya mampu berserah, hanya mampu berdoa, hanya mampu sabar untuk menempuh segala dugaan yang tiba.


Karipap Mak Jenab Sedap

DI SEBUAH SEKOLAH YANG TAK BERAPA NAK RENDAH!


Cikgu: Okay hari ni kita belajar bahasa melayu okay! :)

Murid2: Baik cikguuuu!

Cikgu: Cikgu bagi soalan, kamu jawab yeee!

Murid2: Baik cikguuuu!

Cikgu: Soalan pertama. Ali menendang bola itu dengan kuat. Soalannya, apakah yang dimaksudkan dengan menendang? Mangkoq sila jawab.

Ali: Menendang adalah satu perbuatan yang melibatkan anggota kaki untuk tendang. Tetapi dengan tidak sengaja Ali menendang bola itu dengan kuat. Itu jawapan saya cikgu!

Cikgu: Errr, okay. Bagus Mangkoq -__-

________________________________________________

SELEPAS 45 MINIT.


Cikgu: Okay sekarang ni siapa2 ada soalan nak tanya cikgu?

*Aiman melambai2kan tangannya ke udara*

Cikgu: Okay, apa soalan kamu Aiman?

Aiman: Cikgu, Jumaat lepas saya ada tengok maharaja lawak. Ada satu kumpulan ni dia bagi contoh soalan. Tapi saya tak faham apa yang dimaksudkan oleh mereka.

Cikgu: Soalan apa tu Aiman. Susah benar je nampak gayanya? Cer cite cer cite.

Aiman: -__-' Soalan dia kan cikgu. "Abu mengaripap ibunya di dapur." Apa yang dimaksudkan dengan mengaripap cikgu? Saya betul2 nak tahu cikgu.

Cikgu: -___- Err..Aiman..errr. Memang susah betul soalan kamu ni Aiman. Errr.. Ada soalan lagi susah tak yang kamu nak tanya Aiman..errr..

Aiman: -_____-

4 Cerita Dalam 1 Entri :-)

Okay tak payah nak nak buat cerita sedih sangat dhanial. Orang pun tak kan menangis kalau baca cerita kau. Kalau yang baca pun sebab terpaksa -_- Okayyyyy.

Okay, banyak benda yang aku buat dalam bulan ni. Tapi satu cerita pun tak pernah share dengan hangpa semua. Kita mulakan cerita dengan sesi pembotakkan rambut di sekolah. Bukan botak saje2 tapi terpaksa. Ni semua gara2 KRS punya pasal. Tapi comel apa dhanial botak, halussssss jeeeeee -__-


Menangis dalam kegembiraan. Gitu

Practice makes perfect.

__________________________________________________________

Ni second story. Lepas berminggu2 berlatih so tibalah hari penentu. So, alhamdulillah sekolah kitorang dapat no 3. Walaupun turun satu anak tangga but still okay :') Thanks Hazirul & Emy.


Muka masing2 nak serious. Time berlatih, bukan main lagi main2, syabas!

Bergaya KRS SMKCJ :-P

_________________________________________________

Third story. Pasal sesi fotografi sekolah. Aku sebagai ahli USTEJA haruslah menyibukkan diri masa sesi fotografi berlansung. Kenapa sibukkan diri? Adalahhhh. Kau mampu jawab soalan macam artis? Tak kan.


Tiba2 budak dah habis sekolah nak jugak bergambar sambil berlatar belakangkan screen hijau kan. Haha

Muka budak tak matang 5E. Habis sekolah nanti aku mesti rindu Hariz sangat2! :-( Hahaha, Hariz yang bercangkung sebelah budak perempuan tu haa. Serious, dia tak pernah bergaul dengan kitorang semua. Damn it!

________________________________________________

Fourth story, Shah Alam. Haaa yang ni best sebab dapat luangkan masa dengan budak2 dah habis sekolah. Thanks temankan :P


Meet Danial and Dira. Gambar lagi sorang "terdelete" pulak. Haha -.-

Meet Maisha and Dhania.

Rindu nak jumpa lagi. Hehe

Bila busy semua benda tergendala. Cerita pun ala kadar je, haha. Kesah?!