Hope You Recover Real Soon :)

Well hye readers! Lepas kita bergelak ketawa dengan akak Didi korang dalam etry yang lepas, kali ni abang Dhan nak ajak korang sama2 hayati cerita abang Dhan.

Nak di mulakan cerita, abang Dhan kau ni hanya ada tiga sahabat je dekat sekolah yang pelajarnya beribu2 tu. Means sahabat karib! Kira tak seronok aktiviti harian kalau salah sorang takde. Sahabat2 ni terdiri daripada abang Dhan sendiri, abang Deanial dan abang Qahar. Macam sesat je tiba2 Q pulak. Oh anak angkat kot? Haha. Kira abang Dhan memang duduk sekali dengan diorang ni sepanjang 2010 and 2011. Mesti nak ada sangkut paut jugak! Hihi, comel.


Antara gambar2 yang abang Dhan sempat save. Ada banyak lagi sebenarnya, abang Dhan malas je nak tayang semua dekat korang. See, semua benda nak bersama kan. Tapi takdelah 24/7 berkepit je. Sometimes terpisah kejap then jumpa balik :P


Tiba2 dalam 2 hari lepas, kitorang dapat tahu abang Deanial korang kena serangan penyakit appendiks. Kalau korang tak tahu penyakit apa tu, meh abang Dhan share dengan korang okay!


Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).


Yup, kadang kala penyakit ni boleh membawa maut kalau tak merawat dari awal. Dalam kes abang Deanial ni apendiks dia dah pecah. Nasib baik awal hantar ke hospital. Tak tahu la apa jadi kalau lambat. Mula2 abang Dhan terkejut bila mak dia sms kata abang Dean dekat wad kecemasan. Mana tak terkejut, siang haritu baru jumpa dengan abang Dean korang. Dia jadi hero kejap tolong tunda baby N pergi bengkel. Malam tu pulak dia dah tak boleh bangun sebab sakit yang teramat. Berguling2 sakit perut (ni apa mak dia cerita, hehe) kau. Korang mampu? -,-


Then lepas hantar hospital, dia kena menjalani pembedahan jugak. Sebab doctor kata apendiks dia dah pecah. Time tu kitorang semua dekat Kuale, kedai makan depan sekolah. Hari isnin bersamaan dengan paper agama. Pagi dalam pukul 10 mak dia sms bagitahu abang Dean akan di operate. Mak dia mintak kitorang sama2 doakan dia. So aku dah mula risau, dengan SPM tak terjawab. Haiyo! Pembedahan mengambil masa yang begitu lama, dalam 5 jam macam tu. Gila apa 5 jam? Kalau pergi shopping satu bangunan kot boleh habis. Okay tipu! -,-


Esoknya abang Dhan dengan abang Qahar pergi melawat dia dekat hospital. Seriously, rasa lain gila bila tengok dia pakai baju hospital. Aku rasa kesian sangat sebab dia nak jalan untuk berak pun tak mampu. Tu yang berak berbelas kali atas katil tu, hihi. Dia mengadu sakit apa semua. Tapi apa boleh kitorang buat kan. Paling abang Dhan sedih time dia makan bubur nasi. Serious abang Dhan tak main2. Selama ni selalu tengok dia makan makanan sedap2 and banyak2 now kena makan bubur2 and sikit2 je, haha. Apa boleh buat, demi kesihatan kau jugak Deanial.


See, kesian kan. Sebelum ni dok main kejar2 sama2 now aku kena main kejar2 sorang2. Kalau selama ni selalu jalan sama2 sekarang aku kena jalan sorang2. Wish you a speedy recovery abang Deanial! We all miss you. Hurmm :')

Tudung VS Fashion

Hello, entry kali ni kak Didi nak cakap pasal tudung. Akak tahu ramai dekat luar sana obses nak pakai tudung cantik2 macam Hana Tajima, Yuna dll. Kak Didi percaya mesti ramai perempuan dekat luar sana tengah mengeletik nak baca pasal isu ni. Bawak bersabar okay! Yang si lelaki2 boleh je nak mengeletik sama, akak tak kisah. Hihi

Dulu masa akak Didi kecik2, akak selalu tengok mak akak pakai tudung bawal kalau nak ke pasar ke, kerja ke, pergi mengumpat ke. Opsss! Tapi serious, dulu tudung bawal sangat famous sampai ada tudung bawal KLCC. Haaa gila kau nak letak KLCC dekat atas kepala. Akak tak sanggup uolls. Meh akak nak share gambar sikit k.


Haaaa uolls boleh pakai macam ni kalau nak ke pasar, nak pergi mengumpat atau nak pergi tempat2 santai. Lebih sesuai dipadankan dengan cermin mata hitam.


Kalau gaya ribbon yang tak berapa nak menjadi ni, uolls boleh pakai kalau ada dinner atau kenduri kahwin. Lebih nampak formal walaupun hancur dipandang orang. Agak2 nak berangan jadi Datuk Siti, tarik tudung ke belakang sedikit tunjukkan rambut uolls yang lawa tu.


Lepas tudung bawal, datang pulak selendang. Macam2 selendang la ada, pening akak nak listkan. Selendang atau shawl ni gemar dipakai oleh anak remaja masa kini. Tapi akak tak terkejut bila tengok mak cik 56 tahun pun pakai shawl. Nak bergaya tak kira umur kan, hehe.


Ni salah satu gaya yang dipakai oleh budak2 sekarang. Banyak gaya lilitan sekarang yang memeningkan akak. Terlalu banyak, tapi bagi akak Didi gaya macam ni pun dah okay! Rimas la nak lilit2 ni. Kang menangis Hana Tajima tengok akak bergaya lebih dari dia, hihi.
p/s: Jangan sesekali pakai tudung dengan t-shirt lengan pendek, sangat hodoh.


Lepas selendang, mai pulak tudung daripada indon. Syria bagai, akak sabar jelah. Beli banyak2 selendang sekali syria pulak jadi kegilaan. Kfine, akak pun gagahkan diri beli banyak2 tudung syria. Akak bukan apa, akak memang pengemar fashion! Ahhh gitu.


Tapi akak nampak lebih comel pakai tudung syria ni. Tak payah susah payah nak buat botox, hihi. Tudung ni boleh dipakai dekat mana2 je. Nak pergi kerja ke, nak pergi pasar ke, nak shopping ke, even kau nak serang rumah orang pun boleh. Senang di pakai dan selesa.


Okay sedikit informasi akak Didi dah share dekat uolls. Jangan lupa tinggalkan comment. Tapi ingat jangan sesekali lupa puji muka akak pakai tudung okay? :P Assalamualaikum