Minta RM10 Dekat Mak Aku

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang di rumah aku yang apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan rumah korang atau rumah kawan korang yang lebih cantik, menarik, tertarik dan the bomb itu. Nah ambik kau ayat power dah keluar dah, haha -.-



Apakah Elyaa? kata diet. Ceh itu semua tak penting, yang penting ayam KFC tu yang mengancam. Sampai setiap orang mesti tambah bila dah makan seketul. Maknanya rakyat Malaysia mengemari ayam KFC la kan? Oh dayummm! Jangan mengarut Dhanial -.-



Just a simple menu, tak payah nak grand-grand sangat sampai tempah catering beratus2 tapi tak sedap juga. Buang duit je kan? cihhh. Tak banyak sangat mak aku buat kali ni. Just ada bihun sup, mee sup, nasi impit, kuah kacang, ayam KFC, dan yang paling penting sekali OREN. Oren ye, oren yang tak sedap!

Ye, phone murah sebab tu quality gambar macam apa je. Actually gambar ni je yang ada dalam phone aku, malas nak tangkap gambar setiap tetamu yang hadir. Sebab result dia menyakitkan hati je. Mana pergi camera dslr aku? nah, tanya FS mana camera tu -.-

By the way, hari ni rumah meriah dengan hadirnya 30+ kawan sekolah dan kawan seperjuangan yang lain.

THANK YOU, THANK YOU!

Raya Hari Jumaat, Puasa Pula Dah Habis :)


DENGAN BULAN YANG MULIA INI, SAYA MEYUSUN 20 JARI INGIN MEMINTA MAAF JIKA TERSALAH BAHASA, TERKASAR KATA, TERLASER TAK TENTU HALA DAN SEBAGAINYA. HANYA SATU KUPINTA, PULANGLAH KE KAMPUNG HALAMAN DENGAN BERHATI-HATI -.-


SELAMAT HARI RAYA SEMUA :')

Birthday Girl With Love

This is Pajieee <3


Weh aku nak kau baca ni, baca elok-elok okay? haha. Aku kenal dia ni daripada tahun lepas. Tu pun kenal-kenal ayam je dengan budak ni. Masuk tahun ni aku tak tahu macam mana boleh rapat dengan dia and lain-lain. Yang penting dia lah. Mula-mula ingat dia ni kerek, berlagak, bajet and semua benda yang negative lah, haha. Tapi salah! Semua tu bukan sifat minah ni. Bukan orang yang aku kenal sekarang. We shared averything together and buat semua sama-sama. Aku sangat lucky dapat kenal minah ni, awww :') Ingat, tahun ni tahun terakhir kita berjumpa setiap hari. Tahun depan no more PAJIE, sobs sobs :(


AND HAPPY BIRTHDAY BABY GIRL
I LOVE YOU :)

Bulan Puasa Melantak Macam-macam

Muka penat baru lepas shopping satu mall. Puasa weh, gila apa tak penat kan. Padahal tak sampai sejam pun jalan, mengada je lebih, haha.



Menu hari ini, Spaghetti Carbonara and Mango juice at Life One cafe :') Nampak macam sikit kan, bila kau makan kau tahu lah sikit ke banyak. Kenyang dia sampai esok pagi dohh -.-



Close up! Haha, bye!

Vampire Suck Memang Suck!

Hari ni berpeluang lagi makan dengan ibu tercinta. Tapi sebelum berbuka puasa, aku juga berpeluang menonton Vampire Suck dengan budak-budak terencat! Haha. Bukan terencat yang cacat tu, tapi terencat yang comel gitu. Like seriously korang yang tak tengok lagi Vampire Suck jangan tengok doh, sumpah bengang gila. Cerita paling annoying kot, grrr! RM7 aku melayang macam tu je. Kenapa RM7? Sebab Pajie gedik nak ambil couple seat bagai -.- Haha



THE SECRET RECIPE DAY!

Macam biasa kena datang awal-awal, kalau tak ramai -.-



Oreo Milkshake and Prawn Macaroni With Cheese, yummy!



Muka bahagia gila dapat makan! Haha, bye!