Keretapi Tanah Melayu

Nampaknya ada orang terasa dengan last entry aku. Okay bukan apa, aku bukan nak tujukan dekat siapa2. Aku cakap apa yang aku rasa, kalau terasa jugak memang aku tak tahu nak cakap apa. Orang kata, siapa makan cili dia terasa pedasnya kan. Okay, nampak sangat kau memang kuat makan cili. Hey, chill la brai, sap kok luuuuuu -.- okay tak jadi.

Kali ni nak cerita pasal KTM atau Keretapi Tanah Melayu. Sekarang ni aku dah takut nak naik KTM. Ada beberapa sebab aku takut. Sebab yang pertama, aku pernah kena seluk. Ekhem, bukan seluk seluar dalam tapi seluk pocket. Tak sampai seminit pun, tengok2, phone kesayangan baru beli tak sampai 2 bulan dah takde. Sumpah panas sial. Mana tak panas, aku dok belai macam apa lagi selama ni, tiba tiba hilang. Rasa macam terkesima sebentar! @.@


Confirm2 boleh nak seluk kan.

Second pasal tolok menolak. Eh, hello apa kau ingat ni game wipe out apa nak main tolak2?! BUKAN OKAY! Ni pun aku panas jugak. Orang tak sempat nak keluar lagi, kau dah tolak2 orang lain supaya masuk dalam. Dah tu orang yang nak keluar tadi tersepit dekat tengah2 pintu tu. Bayangkan kalau dia tu terkangkang lepastu pintu nak tutup. Sambil orang ramai dok buat drum beat konon2 suspen. Tak ke korang rasa macam nak beli popcorn terus bersila dekat KTM. Okay tak lawak. Tapi, tolong lah, biar orang keluar dulu baru kau masuk. Kelam kabut nak pergi mana ntah.


Kalau kena tolak muka, kau tak rasa macam nak bagi penumbuk ke? -.-

Kalau tempat duduk, lagi lah kau tak payah cakap. Kadang2 aku pun sama, dah dapat tempat duduk terus buat2 tidur. Kalau ada makcik dengan anak2 kecil lagi aku tidur, siap berdengkur habaq hang. Diorang yang nak marah tadi terus tak jadi, sebab nampak sangat aku ni letih tahap gaban. Hahaha tapi please, jangan ikut contoh ni, tak elok okay adik-adik. Tapi agak2 lah der, korang tu muda lagi. Kesian dekat mak cik2 yang berdiri tu haa, berdiri pun bergetar lutut. Haih nampak sangat nak duduk kan makcik -.-


Kalau macamni dalam KTM? Pengsan tak bangun2 -__-'

Aku bukan nak kata aku bagus, aku pun dalam usaha nak berubah. So sama2 lah kita berubah ke arah kebaikan okay! Peace :-)

5 comments:

Shazana Samaluddin said...

golongan tak faham bahasa memang camtu. kau lupe ke, ktm tu dorang yang bayar sorang.

dhanial yahaya said...

Tu lah pasal. Perangai macam haram dadih.

Feeqa said...

hahah, kau lg teruk pura2 tdur. hahah. tolok menolak pun blh.

FS said...

yg bab berdengkur tu rasa nak lempang

scha sykes said...

hahahah yg kat blkg tuh APA KES?? haha! tulah mmg bengang bila naik tren.