Hari Ni Semua Masalah Lesap

Man, tengok kitorang excited tangat bawa Tam pergi klinik. Nak check mana tahu dia ada masalah apa kan. Sebab bulu dia kerap keluar then dia dah ada pulau. I mean bukan pulau atas kepala, tapi pulau atas badan -.- Gila kesian, dulu okay2 sekarang pulau pula. Macam lawak sikit ah kan, haha




Tengok Tam, excited nak pergi jumpa doktor. Or maybe dia tengah cuak nak jumpa doktor? Masalahnya bukan excited ke apa, dia ni jakun sikit. Sebab memang jarang dia keluar rumah. Kalau keluar rumah pun setakat depan rumah dok guling, haha. Gila takde life weh. Okay enough!




Sampai je terus letak Tam atas penimbang nak tengok berat dia berapa sekarang! Hamik kau, berat dia 7.30 kg weh. Hari tu check doktor sebab dia tak boleh nak lompat even dekat kerusi paling rendah. Sekali dia obesiti, macam Haha sikit. Kali ni dia tak obesiti tapi dia ada masalah bulu. I mean masalah yang tak berapa serious tapi tetap ada perkataan masalah weh. Tengok jelah bulu dia yang luruh tu, sangat annoying! Lagi2 bila mak aku bising time sapu sampah, err.




Lepas dah kena Vaksin, terus lelap tak nak sedarkan diri dah. Tutup mata rapat2 biar jadi kuih rapat. Okay, kali ni memang tak lawak lansung Dhanial jangan nak buat lawak sangat -.- Sekarang Tam tengah rehat, maybe dia akan deman 2-3 hari ni. Alololo, sian dekat baby Tam sekor ni. Okay, dia masih baby walaupun dah tua bangka. Eeee, geram! rasa macam nak tampar2 je babyface dia tu, haha -.- Next time, nak bawa pergi grooming, bye!


GET WELL SOON BABY <3

No comments: