Bila Jumpa Geng XOXO!

Uish penatnya hari ni. Bagun pagi pagi sebab kena pergi Ampang Point dengan cikgu Irwan and junior aku sorang. Katanya game start 9.30 tapi harem. Tengok tengok start pukul 10.30! Perghh mengantuk dia tak payah nak cakap la weh tambah lagi dengan perasaan nervous lepastu tambah pulak kena pandang budak budak sekolah lain yang bajet good2 je. Macam cukup perasa je kalau kau masak curry mee semangkuk, lepastu pecahkan telur sebijik. Haaa gitu perumpamaan kita pada hari ini.

Lepastu bila dah habis game terus lepak Jusco dengan gundik gundik yang tersayang. Aku rasa diorang rindu aku sangat sangat la, sebab tu sampai ajak lepak sama. Ye saya tahu saya tahu, saya hot sampai semua nak ajak lepak. Kadang kadang phone aku terpaksa berada di dalam mood bisu sebab tension bila setiap minit ada je nak ajak lepak. Rimas! *Okay korang, kalau jumpa aku boleh tendang bontot aku bertubi-tubi sebab perangai macam hahshdk! Perasan tak habis*



Lepas lepak Hailam Kopitiam terus ternampak kedai ice-cream yang comel. Lepastu terpaksa share duit ramai ramai sebab duit dalam wallet ada sen2 je, ouch! Tapi sedapppppppppp dan berbaloiiiiiiii!

Gambar: Oh perempuan comel ni la yang nak beli sangat siap bagi idea macam2 nak hias ice-cream ni dengan topping yang menariks dan tertariks tambah pula dengan lilin. May God bless you Elya -.-



Kalau kau nak beli something mesti kau nak yang terbaik dari ladang kan. So apa lagi, terus try semua perisa yang ada. Kalau rasa sedap terus hentak2 cermin kata 'nak tu, nak tu' ulang2 kali. Kalau tak best buat muka taik sambil tangan dok tunjuk perisa lain dengan muka ketat! Haha. Tengok la berapa sudu yang Miza pegang. Tu pun ada lagi, yihuuu!



Tengok, comel kan bila ice-cream dah bubuh sepit rambut, eyeliner, aye shadow, lipstick, mascara, bulu mata palsu etc. Terus nak tanam lilin dalam2 biar tak boleh tarik sebab gewam dapat makan ice-cream comel. Hikhikhikhik! (gelak sambik hentak kaki dekat laptop)



Lepas dah hias apa semua terus cari port nak makan dekat mana. Elya cadang nak bakar lilin dalam bangunan yang dikelilingi air cond. Memang tak lah, tak pasal2 mandi air hujan dalam bangunan tu. Haih Elya ni comel tak bertempat doh, gewemmm sangetttts. So last2 kitorang lepak dekat lantai tempat orang lalu lalang, terbaik! :')



Muka teruja dapat makan ice-cream comel. Lepastu kakak Elya cakap ni sambut birthday aku sekali siap suruh aku tiup. Tapi tak sempat nak tiup, angin dah tiupkan dulu. Baik hati betul adik angin nak tolong tiupkan, buat susah2 je nak tolong abang teruja. Dapat nombor 23 dari 76, haih :(

6 comments:

Fazrina Mokhtar said...

rindunyaa~

mirara said...

tuu yang suap aku sisa2 kau kan , bagus sgt :)

Feeqa said...

ok lah tu 23, nnt try harder. heheh.

sedap ke campur warna warni gitu weh?

DOLCEshasha said...

sedap giler kek!

nadira said...

omo omo ,tak ajak pun .

elya ashikin said...

aku excited nak hias bukan excited nak beli kan ! siapa yang taste tahap dewa ! statement melampau ! hahahahaha. tapi best dohhhh kans kans ? heh