Ketahi Lalatan

Okay nak di jadikan cerita. Tadi aku ada kursus kempimpinan ketua dan penolong ketua kelas. Alah tak kan tak ingat pasal phone aku kena rampas sebab on fb masa kursus tahun lepas. Okay boleh lupakan sekarang. Dah dua kali Sabtu aku ada kursus bagai, memang cuti sehari je seminggu kan. Tapi alhamdulillah, nasib baik tahun ni belipat kali ganda keseronokkan dia. Rasa tak rugi sangat la this year.

Okay bukan nak cerita pasal Dhanial cuti ke tak. Aku nak cerita pasal aktiviti tadi yang sempat kitorang buat walaupun tak cukup masa. Setiap orang dibahagikan kepada kumpulan. So memang seronok bila dapat kumpulan dengan senior2. Tak la aku rasa keras sangat dengan budak2 form1/2/3. Jap nak sumbat cerita lain sikit. Masa sesi ceramah tu aku memang dah tersalah cari port nak lepak. Aku terduduk depan dengan budak2 form 1/2. Bayangkan jelah badan diorang dengan badan aku macam mana. Tapi takpe, feeling2 muda sikit kan. Ekhem!

Nak pindah belakang memang tak boleh la kan, dah cikgu2 sibuk suruh penuhkan depan apa semua. Bila budak2 tanya aku form berapa, aku dengan yakin jawab form2. Padahal aku dok cakap dengan budak form2. Habis pelik dah diorang. "Aik? tak pernah nampak pun sebelum ni. Budak baru eh?" aku angguk kan saje. Dah tak mampu nak buat apa. Kau tak tahu aku rasa macam mana, sumpah keras gila sorang dekat situ -.-


Bila aku cakap aku form2, padahal badan dah macam bapak budak terus depa semua pengsan, ada yang menangis sampai keluar air mata darah. Paling sedih bila diorang kelam kabut cari pisau nak bunuh diri sendiri -.-


Okay kembali ke jalan yang lurus. Then kitorang kena buat aktiviti kumpulan. Setiap kumpulan kena reka negara sendiri, menteri2, latar belakang, matlamat apa semua. So kitorang decide buat negara berdasarkan lalat. Ye lalat! Tapi kenapa lalat Dhanial? Kenapa? T___T



Ni hasil kumpulan kitorang. Ye tahu, cantik. Thanks! :')



Tengok nama. Sungguh kreatif ahli kumpulan aku. Rasa macam nak nangis je sebab bangga dengan kawan2 sendiri.



Kau agak kalau bendera macam ni wujud boleh dapat award bendera terbaik tak? Agak2 boleh diguna pakai tak?



Sesiapa yang memasuki ke negara kitorang tanpa ada sebarang tahi lalat akan dipancung. Ganas betul negara ni. Alah macam negara abang kuat la. Haaa tiba2 abang kuat kan, tak kuasa.



Akan menjadi pembekal lalat yang terkemuka pada tahun 2020. Nak buat apa entah dengan lalat2 tu semua. Oh nama pun rekaan kan.



PERDANA MENTERI kau. Apa mampu korang nak beat aku?



Actually bukan keseburun. Tapi KESUBURAN. Nak kreatif sangat sampai subur dengan sebur pun tak dapat nak beza kan. Malu dengan diri sendiri.



Menteri lalat pun boleh. Kerja dia senang. Kau just pelihara lalat2 tu semua, lepas setahun kau dah nampak hasil dia. Then kau arah la menteri peperangan suruh lalat2 tu berperang!
-_________- Sebelum aku kena bantai baik aku blah, bye!

10 comments:

Elashly said...

dhanial yahaya please be matured sikit. umur dah 17 tahun kan? hahahaha

dhanial yahaya said...

Hahaha kenalah sentiasa jadi muda kan :P

Anonymous said...

hahah, sumpah lawak gila negara korg weh. aku nmpk fun nya :D

NAZ said...

hahahaha hahaha. sedap nama negara. ekonomi mesti di jana oleh tahi busuk hahaha

dylakamil said...

hahahahahaha matlamat dgn jawatan menteri2 tuuu kelakar gilaaaa.
dgn syarat2 nak jadi warganegara, hahaha

Fazrina Mokhtar said...

kenpa tahi lalat weee nama kumpulan kau? hahaha.

dhanial yahaya said...

Hahahaha tu je yang terlintas feeqa :P

Tulah pasal. Ketahi lalatan sangat kot -.-

Kannnn, bila baca balik malu pulak. Hahaha

Sebab dapat iham dari lalat ler pajie cantik. Huhu

ct sue said...

negara tahi lalat?! negara aq pny la asapsifar bagai. ko nak tahi lalat. hahaha. bagus la. pasni klo negara aq pnuh dgn pencemaran dgn taik lalat,aq bg kat negara ko jek la ek? hehehe

dhanial yahaya said...

Hahahaha negara kau terbaik. Aku suka :P Hahaha akan diterima dengan hati yag terbuka :D

Unknown said...

hahahaha lawak lawak :D hahaha