Hope You Recover Real Soon :)

Well hye readers! Lepas kita bergelak ketawa dengan akak Didi korang dalam etry yang lepas, kali ni abang Dhan nak ajak korang sama2 hayati cerita abang Dhan.

Nak di mulakan cerita, abang Dhan kau ni hanya ada tiga sahabat je dekat sekolah yang pelajarnya beribu2 tu. Means sahabat karib! Kira tak seronok aktiviti harian kalau salah sorang takde. Sahabat2 ni terdiri daripada abang Dhan sendiri, abang Deanial dan abang Qahar. Macam sesat je tiba2 Q pulak. Oh anak angkat kot? Haha. Kira abang Dhan memang duduk sekali dengan diorang ni sepanjang 2010 and 2011. Mesti nak ada sangkut paut jugak! Hihi, comel.


Antara gambar2 yang abang Dhan sempat save. Ada banyak lagi sebenarnya, abang Dhan malas je nak tayang semua dekat korang. See, semua benda nak bersama kan. Tapi takdelah 24/7 berkepit je. Sometimes terpisah kejap then jumpa balik :P


Tiba2 dalam 2 hari lepas, kitorang dapat tahu abang Deanial korang kena serangan penyakit appendiks. Kalau korang tak tahu penyakit apa tu, meh abang Dhan share dengan korang okay!


Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).


Yup, kadang kala penyakit ni boleh membawa maut kalau tak merawat dari awal. Dalam kes abang Deanial ni apendiks dia dah pecah. Nasib baik awal hantar ke hospital. Tak tahu la apa jadi kalau lambat. Mula2 abang Dhan terkejut bila mak dia sms kata abang Dean dekat wad kecemasan. Mana tak terkejut, siang haritu baru jumpa dengan abang Dean korang. Dia jadi hero kejap tolong tunda baby N pergi bengkel. Malam tu pulak dia dah tak boleh bangun sebab sakit yang teramat. Berguling2 sakit perut (ni apa mak dia cerita, hehe) kau. Korang mampu? -,-


Then lepas hantar hospital, dia kena menjalani pembedahan jugak. Sebab doctor kata apendiks dia dah pecah. Time tu kitorang semua dekat Kuale, kedai makan depan sekolah. Hari isnin bersamaan dengan paper agama. Pagi dalam pukul 10 mak dia sms bagitahu abang Dean akan di operate. Mak dia mintak kitorang sama2 doakan dia. So aku dah mula risau, dengan SPM tak terjawab. Haiyo! Pembedahan mengambil masa yang begitu lama, dalam 5 jam macam tu. Gila apa 5 jam? Kalau pergi shopping satu bangunan kot boleh habis. Okay tipu! -,-


Esoknya abang Dhan dengan abang Qahar pergi melawat dia dekat hospital. Seriously, rasa lain gila bila tengok dia pakai baju hospital. Aku rasa kesian sangat sebab dia nak jalan untuk berak pun tak mampu. Tu yang berak berbelas kali atas katil tu, hihi. Dia mengadu sakit apa semua. Tapi apa boleh kitorang buat kan. Paling abang Dhan sedih time dia makan bubur nasi. Serious abang Dhan tak main2. Selama ni selalu tengok dia makan makanan sedap2 and banyak2 now kena makan bubur2 and sikit2 je, haha. Apa boleh buat, demi kesihatan kau jugak Deanial.


See, kesian kan. Sebelum ni dok main kejar2 sama2 now aku kena main kejar2 sorang2. Kalau selama ni selalu jalan sama2 sekarang aku kena jalan sorang2. Wish you a speedy recovery abang Deanial! We all miss you. Hurmm :')

4 comments:

asma salsabiila said...

dia boleh saman doh hospital yang kata hanya jangkitan kuman tu. apadaa. dah pecah dah. nasib baik selamat. hm semoga dia cepat sembuh.

Unknown said...

kesian gila dean! :'( patut tak nampk pun dia time exam haritu. semoga dia cpt sembuh k.

dhanial yahaya said...

Tula pasal. Bodoh2 je buat kerja -.-

Dia dah balik rumah dah aisyah :)

atifah said...

dia dah boleh berlari ?