2 Dalam 1

Okay, seperti mana yang korang tahu Dhanial memang anti subject math. Ye math! Tapi bagi sesetengah orang kata math tu tutup mata pun boleh jawab. So siapa yang cakap macamtu dah dapat dosa free sebab menipu. Kalau korang tutup mata, macam mana korang nak tulis kan -.-

Tapi jangan terkejut sebab Dhanial dah jadi cikgu math sekarang. Gelak la! Tapi tulah hakikatnya. Walaupun sehari, tetap mengajar okay. Nanti bila aku dah besar, boleh la cerita dekat anak cucu yang aku pernah mengajar orang. "Dulu abah tak suka math, tapi abah pernah ajar budak math. Bila diorang tanya soalan, abah kasi kawan abah jawabkan" lepastu bila diorang start gelak je, aku kasi penampar sambil tu cakap "Jangan kurang hajar dengan abah!" Gitu.



Cerita macam apa, sekali ajar budak darjah 3. Terus pengsan! Tapi takpe, budak2 ni comel. Diorang bising ke apa rasa nak senyum je. Cuba bayangkan kalau budak2 besar buat bising, tak ke korang rasa macam nak tumbuk muka sorang2? Haha. Ganas betul -.-



Sepatutnya Faz yang ajar, tapi aku yang menggatal nak ambil alih tugasan dia. So dia pun dah bagi lampu hijau apa lagi kan. Tapi kalau belajar dengan sir Dhanial mesti best. Sebab siapa dapat jawab soalan mesti dapat gula2 sebiji, bertapa pemurahnya sir ni. Sobs sobs :') Oh ye, budak yang depan sekali, yang pakai baju putih tu merupakan pengguna I-phone tegar. Baru darjah tiga kot. DARJAH! bukan form3! *pengsan



Pelajar kesayangan, Baqiah. Dia comel bila tak dapat jawab soalan. Sebab dia sorang je akan guna sepuluh2 jari untuk dapatkan jawapan. Kalau 7-3 pun guna sepuluh jari. Kalau tak betul, dia kira lagi. Nasib dia guna jari tangan je. Kalau dia campur guna jari kaki sekali? Haaa kan.


___________________________________________________________

Dah penat jadi sir, masuk Kawad pulak. Hikhik!


Ni time menari joget lambak. Cara dia senang je, kau letak dua2 tangan kau dekat atas, kaki dalam keadaan kekuda then kau gelek je bontot kau buat bulatan. Kalau nak lagi comel, sambil kau buat semua benda alah tu kau jelirkan lidah keluar. Confirm semua orang akan menangis sebab terharu dapat budak2 terencat dekat sekolah :')



Okay tipu, jangan nak gelek sangat. Padahal kitorang dok buat lompat bintang sebab jalan tak sama. Memang terbaik! Ni boleh tahan lagi, jangan sampai dia suruh tangan korang buat bulatan sudah. Tu sumpah memang sakit doh! Rasa macam nak buat2 tangan cramp je masa tu, hihi.



Part paling comel bila kena denda time orang lain dah habis melompat, tapi still ada orang lompat. Mesti ada punya, tak sorang 2 tak 2 tiga tak tiga 4! Serious macam nak nangis je sebab diorang hebat. Hebat sebab tak kenal erti penat! (padahal dah terlebih kira -.-) Ahhh, adorable betul perangai.



That's it. Bye!

Ketahi Lalatan

Okay nak di jadikan cerita. Tadi aku ada kursus kempimpinan ketua dan penolong ketua kelas. Alah tak kan tak ingat pasal phone aku kena rampas sebab on fb masa kursus tahun lepas. Okay boleh lupakan sekarang. Dah dua kali Sabtu aku ada kursus bagai, memang cuti sehari je seminggu kan. Tapi alhamdulillah, nasib baik tahun ni belipat kali ganda keseronokkan dia. Rasa tak rugi sangat la this year.

Okay bukan nak cerita pasal Dhanial cuti ke tak. Aku nak cerita pasal aktiviti tadi yang sempat kitorang buat walaupun tak cukup masa. Setiap orang dibahagikan kepada kumpulan. So memang seronok bila dapat kumpulan dengan senior2. Tak la aku rasa keras sangat dengan budak2 form1/2/3. Jap nak sumbat cerita lain sikit. Masa sesi ceramah tu aku memang dah tersalah cari port nak lepak. Aku terduduk depan dengan budak2 form 1/2. Bayangkan jelah badan diorang dengan badan aku macam mana. Tapi takpe, feeling2 muda sikit kan. Ekhem!

Nak pindah belakang memang tak boleh la kan, dah cikgu2 sibuk suruh penuhkan depan apa semua. Bila budak2 tanya aku form berapa, aku dengan yakin jawab form2. Padahal aku dok cakap dengan budak form2. Habis pelik dah diorang. "Aik? tak pernah nampak pun sebelum ni. Budak baru eh?" aku angguk kan saje. Dah tak mampu nak buat apa. Kau tak tahu aku rasa macam mana, sumpah keras gila sorang dekat situ -.-


Bila aku cakap aku form2, padahal badan dah macam bapak budak terus depa semua pengsan, ada yang menangis sampai keluar air mata darah. Paling sedih bila diorang kelam kabut cari pisau nak bunuh diri sendiri -.-


Okay kembali ke jalan yang lurus. Then kitorang kena buat aktiviti kumpulan. Setiap kumpulan kena reka negara sendiri, menteri2, latar belakang, matlamat apa semua. So kitorang decide buat negara berdasarkan lalat. Ye lalat! Tapi kenapa lalat Dhanial? Kenapa? T___T



Ni hasil kumpulan kitorang. Ye tahu, cantik. Thanks! :')



Tengok nama. Sungguh kreatif ahli kumpulan aku. Rasa macam nak nangis je sebab bangga dengan kawan2 sendiri.



Kau agak kalau bendera macam ni wujud boleh dapat award bendera terbaik tak? Agak2 boleh diguna pakai tak?



Sesiapa yang memasuki ke negara kitorang tanpa ada sebarang tahi lalat akan dipancung. Ganas betul negara ni. Alah macam negara abang kuat la. Haaa tiba2 abang kuat kan, tak kuasa.



Akan menjadi pembekal lalat yang terkemuka pada tahun 2020. Nak buat apa entah dengan lalat2 tu semua. Oh nama pun rekaan kan.



PERDANA MENTERI kau. Apa mampu korang nak beat aku?



Actually bukan keseburun. Tapi KESUBURAN. Nak kreatif sangat sampai subur dengan sebur pun tak dapat nak beza kan. Malu dengan diri sendiri.



Menteri lalat pun boleh. Kerja dia senang. Kau just pelihara lalat2 tu semua, lepas setahun kau dah nampak hasil dia. Then kau arah la menteri peperangan suruh lalat2 tu berperang!
-_________- Sebelum aku kena bantai baik aku blah, bye!

People That I Love :')


Ada banyak lagi, tapi malas nak upload semua karang tak pasal2 korang semua termuntah. Semoga mata2 korang tak geli tengok gambar2 aku ni, hehe :P