Karipap Mak Jenab Sedap

DI SEBUAH SEKOLAH YANG TAK BERAPA NAK RENDAH!


Cikgu: Okay hari ni kita belajar bahasa melayu okay! :)

Murid2: Baik cikguuuu!

Cikgu: Cikgu bagi soalan, kamu jawab yeee!

Murid2: Baik cikguuuu!

Cikgu: Soalan pertama. Ali menendang bola itu dengan kuat. Soalannya, apakah yang dimaksudkan dengan menendang? Mangkoq sila jawab.

Ali: Menendang adalah satu perbuatan yang melibatkan anggota kaki untuk tendang. Tetapi dengan tidak sengaja Ali menendang bola itu dengan kuat. Itu jawapan saya cikgu!

Cikgu: Errr, okay. Bagus Mangkoq -__-

________________________________________________

SELEPAS 45 MINIT.


Cikgu: Okay sekarang ni siapa2 ada soalan nak tanya cikgu?

*Aiman melambai2kan tangannya ke udara*

Cikgu: Okay, apa soalan kamu Aiman?

Aiman: Cikgu, Jumaat lepas saya ada tengok maharaja lawak. Ada satu kumpulan ni dia bagi contoh soalan. Tapi saya tak faham apa yang dimaksudkan oleh mereka.

Cikgu: Soalan apa tu Aiman. Susah benar je nampak gayanya? Cer cite cer cite.

Aiman: -__-' Soalan dia kan cikgu. "Abu mengaripap ibunya di dapur." Apa yang dimaksudkan dengan mengaripap cikgu? Saya betul2 nak tahu cikgu.

Cikgu: -___- Err..Aiman..errr. Memang susah betul soalan kamu ni Aiman. Errr.. Ada soalan lagi susah tak yang kamu nak tanya Aiman..errr..

Aiman: -_____-

4 Cerita Dalam 1 Entri :-)

Okay tak payah nak nak buat cerita sedih sangat dhanial. Orang pun tak kan menangis kalau baca cerita kau. Kalau yang baca pun sebab terpaksa -_- Okayyyyy.

Okay, banyak benda yang aku buat dalam bulan ni. Tapi satu cerita pun tak pernah share dengan hangpa semua. Kita mulakan cerita dengan sesi pembotakkan rambut di sekolah. Bukan botak saje2 tapi terpaksa. Ni semua gara2 KRS punya pasal. Tapi comel apa dhanial botak, halussssss jeeeeee -__-


Menangis dalam kegembiraan. Gitu

Practice makes perfect.

__________________________________________________________

Ni second story. Lepas berminggu2 berlatih so tibalah hari penentu. So, alhamdulillah sekolah kitorang dapat no 3. Walaupun turun satu anak tangga but still okay :') Thanks Hazirul & Emy.


Muka masing2 nak serious. Time berlatih, bukan main lagi main2, syabas!

Bergaya KRS SMKCJ :-P

_________________________________________________

Third story. Pasal sesi fotografi sekolah. Aku sebagai ahli USTEJA haruslah menyibukkan diri masa sesi fotografi berlansung. Kenapa sibukkan diri? Adalahhhh. Kau mampu jawab soalan macam artis? Tak kan.


Tiba2 budak dah habis sekolah nak jugak bergambar sambil berlatar belakangkan screen hijau kan. Haha

Muka budak tak matang 5E. Habis sekolah nanti aku mesti rindu Hariz sangat2! :-( Hahaha, Hariz yang bercangkung sebelah budak perempuan tu haa. Serious, dia tak pernah bergaul dengan kitorang semua. Damn it!

________________________________________________

Fourth story, Shah Alam. Haaa yang ni best sebab dapat luangkan masa dengan budak2 dah habis sekolah. Thanks temankan :P


Meet Danial and Dira. Gambar lagi sorang "terdelete" pulak. Haha -.-

Meet Maisha and Dhania.

Rindu nak jumpa lagi. Hehe

Bila busy semua benda tergendala. Cerita pun ala kadar je, haha. Kesah?!

Entahlah


Semua orang mesti ada masalah. So memandangkan aku pun orang, aku pun ada masalah. Tapi aku tak pernah cerita masalah aku dekat orang lain, family mahupun kawan baik. Aku takut bila aku cerita, aku pula dipersalahkan. So better makan sorang2 masalah yang ada. Makan sampai termuntah.

Haih entah lah, rasa bosan dengan kehidupan sekarang. Balik rumah je tengok takde orang, makan pun kena beli sendiri dekat luar. Parents sibuk bekerja sampai malam. Tam jelah jadi peneman aku setiap hari. Kakak pun duduk jauh dari KL, nak share anything pun susah. Kadang2 aku jealous dengan anak orang lain, balik sekolah je ada orang angkatkan beg. Sediakan makanan, berbual. Sigh.

Bila aku ketawa macam orang gila, jangan ingat aku takde masalah. Nak update blog pun dah takde mood. Bye :'/