Keretapi Tanah Melayu

Nampaknya ada orang terasa dengan last entry aku. Okay bukan apa, aku bukan nak tujukan dekat siapa2. Aku cakap apa yang aku rasa, kalau terasa jugak memang aku tak tahu nak cakap apa. Orang kata, siapa makan cili dia terasa pedasnya kan. Okay, nampak sangat kau memang kuat makan cili. Hey, chill la brai, sap kok luuuuuu -.- okay tak jadi.

Kali ni nak cerita pasal KTM atau Keretapi Tanah Melayu. Sekarang ni aku dah takut nak naik KTM. Ada beberapa sebab aku takut. Sebab yang pertama, aku pernah kena seluk. Ekhem, bukan seluk seluar dalam tapi seluk pocket. Tak sampai seminit pun, tengok2, phone kesayangan baru beli tak sampai 2 bulan dah takde. Sumpah panas sial. Mana tak panas, aku dok belai macam apa lagi selama ni, tiba tiba hilang. Rasa macam terkesima sebentar! @.@


Confirm2 boleh nak seluk kan.

Second pasal tolok menolak. Eh, hello apa kau ingat ni game wipe out apa nak main tolak2?! BUKAN OKAY! Ni pun aku panas jugak. Orang tak sempat nak keluar lagi, kau dah tolak2 orang lain supaya masuk dalam. Dah tu orang yang nak keluar tadi tersepit dekat tengah2 pintu tu. Bayangkan kalau dia tu terkangkang lepastu pintu nak tutup. Sambil orang ramai dok buat drum beat konon2 suspen. Tak ke korang rasa macam nak beli popcorn terus bersila dekat KTM. Okay tak lawak. Tapi, tolong lah, biar orang keluar dulu baru kau masuk. Kelam kabut nak pergi mana ntah.


Kalau kena tolak muka, kau tak rasa macam nak bagi penumbuk ke? -.-

Kalau tempat duduk, lagi lah kau tak payah cakap. Kadang2 aku pun sama, dah dapat tempat duduk terus buat2 tidur. Kalau ada makcik dengan anak2 kecil lagi aku tidur, siap berdengkur habaq hang. Diorang yang nak marah tadi terus tak jadi, sebab nampak sangat aku ni letih tahap gaban. Hahaha tapi please, jangan ikut contoh ni, tak elok okay adik-adik. Tapi agak2 lah der, korang tu muda lagi. Kesian dekat mak cik2 yang berdiri tu haa, berdiri pun bergetar lutut. Haih nampak sangat nak duduk kan makcik -.-


Kalau macamni dalam KTM? Pengsan tak bangun2 -__-'

Aku bukan nak kata aku bagus, aku pun dalam usaha nak berubah. So sama2 lah kita berubah ke arah kebaikan okay! Peace :-)

Hey Bloggers.

Okay, tak payah nak cakap panjang2 la eh. Kita straight to the point je, lagi senang kan. Kali ni aku nak cakap pasal blogger.com. Seperti mana yang korang tahu, kalau aku dah on blogger.com aku memang tak boleh stop. Tak boleh nak stop baca entry daripada korang. Kalau tak comment tu, maknanya broadband buat hal kay. Takde maknanya aku pilih kasih ke hape (aiceh dan dan broadband buat hal, padahal malas nak comment) Ekhem, okay suck! -_-'


Menanah uolls!

Tapi macam haram bila lagu dekat blog kau kuat nak mampuih. Lagi2 lagu hardcore! Aku yang innocent ni pun terkejut la bila buka page kau. Terus bisukan laptop kesayangan ni kan, haih. Tu takpe lagi, kalau takde button stop ke hape ke nak bagi dia diam, terus tekan pangkah dekat page kau sambil sumpah seranah, haa padan muka kau. Hardcore sangat pun payah T.T

Tulisan pun sama. Sekejap besar, sekejap kecil. Sekejap warna ni, sekejap warna tu. Sekejap tegak, sekejap condong. Haha, aku tahu korang creative, aku puji. Tapi boleh tak puji dalam tangisan? Aku tukang baca pun dah tiba2 nak masuk kelas seni -.- Bukan apa, susah nak hayati cerita korang satu per satu. Dah la cerita korang hebat2. Kalau boleh sehari update 5/6 kali entry, gila awesome.

Tulisan yang terlalu di-short form kan. Pergh ni sumpah terbaik, aku yang nak baca ni pun terbelit lidah, terbelit mata, terbelit usus taik. Serious, daripada aku boleh baca laju terus jadi lembab. Lagi sedih bila tak faham apa korang tulis, terpaksa minta tolong dekat mr. kamus dewan bahasa. Sekali ayat tu memang tak ada dekat mana2, puas lah cari apa semua. Cotoh ayat "Akoe terpkce g ckool tdiew bab adew klas +han. Akow wasew gewam un adew meyh!" Haaa, kau bayangkan kalau aku nak cari satu2 dekat dalam kamus. Tak ke bersamaan aku belajar setengah bulan? -___-'

Aku bukan nak comment or saje nak bagi orang tu terasa. Tapi aku cakap benda yang aku rasa betul. Kesah pulak kalau kau nak sentap? Hahaha nuckal! Btw, thanks to followers. Sorry Tak dapat nak follow balik. Kali ni serious broadband buat hal! Ada masa i follow, Kbye :')

Kesah?


Rami lagi terkena. Bila check tadi, semua dah delete. Haram! -.- So guys, lain kali hati2 ye dengan saya. Saya pantang la tengok account orang yang dibiarkan je. Rasa gelenya nak hacked, hikhik.

Saye Semuonyooo :')

Haaa dah lama tak keluar rumah. Tiba2 semalam miss Atma dengan WMS ajak lepak dekat Tupai2, apa lagi tak kan kau nak tolak. Yang bestnya aku sorang je budak sekolah, yes aku sorang. Yang lain semua dah tua2 belaka, hikhik.

Lepastu time makan dok pulun kecek kelate dengan semua orang. Betul tak betul, aku main belasah je. Mana taknya aku terkinja nak kecek kan. Hampir 4/5 semua dok kecek kelate. Aku tak nak la ketinggalan, nak jugak cuba2 kecek klate. Hihi, comel betul bila salah gelak sorang2 -.-

Meet them <3

Lepas habis Tupai2, lepak Kampung Baru pulak perkena sugus gam and redbull gum. Oh baru aku tahu ada nama lain untuk perisa shisha. Nama semua nak adorable je. Rasa pun sedaapppppp! Around 2.am kitorang gerak ke belimbing heights. Thanks to WMS and Faiz.

Baby kitew pancit, bye! ;'(

Fakta Tentang Kucing

Assalamualaikum. Kali ni abang Dhanial nak share fakta pasal kucing. Okay, maybe korang macam jhdydjsk! Apa jadah nak cerita pasal kucing kan. Tapi sedar tak sedar, mereka juga makhluk Allah yang kita patut sayangi, dibelai dan diimanja. Bukan bila dia mintak makanan dekat korang, korang cepat2 habiskan. Last2, korang baling tulang je. Tu pun baling tepat2 dekat muka dia. Kejam betul -__-'


1. Tahukah anda bahwa semua jenis kucing yang ada berasal dari satu nenek moyang?

2. Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya.

3. Kucing tidur paling lama diantara binatang lainnya, sekitar 16 jam.


4. Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir tuli, walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya.

5. Dalam kerajaan binatang, IQ kucing hanya dapat dilewati oleh monyet dan simpanse

6. Kucing boleh berjerawat -.-


7. Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu setara dengan 10 tahun usia manusia.

8. Semua kucing berjalan dengan jinjit.

9. Jenis yang paling kecil adalah kucing berbulu bintik-bintik yang ditemukan di Sri Lanka


10. Singa adalah rajanya para kucing.

11. Ada lebih dari 3.000 jenis kucing kampung, tetapi hanya 8% diantaranya yang mempunyai salasilah.

12. Kucing boleh kentut. Malah baunya masam!

Yang penting abang Dhanial sayang dua ekor ni. Tam and Gucci! Till then, bye :)

Benda Yang Aku Tak Suka

1.PERGI KE HOSPITAL

Ni memang dari aku kecik sampai aku besar gedabak macam sekarang benda paling aku tak suka. Bukan tak suka nak tengok muka doctor2 dekat hospital tu, bukan dengki sebab tak dapat belajar ilmu kedoktoran. Tapi tak suka keadaan hospital. Menyeramkan sangat. Lagi2 bila pergi klinik gigi, terus pengsan. Kalau boleh nak nangis dulu sebelum pengsan -.-'



2. KUMBANG

Kumbang memang musuh utama aku dari dulu lagi. Dulu masa rumah dekat sungai besi, kalau bukak pintu je mesti ada kumbang2 kecil berkeliaran dekat depan rumah. Tempat favourite dia dekat tangga. Aku memang tak bagi peluang la kan. Memang tak lah kalau aku nak biar diorang hidup senang. Aku akan pijak! Kira macam hukuman jugak la, "Pijak sampai mati!" gitu. Aku palng tak suka kaki dia dengan tanduk depan, mengjengkelkan. Err



3. HANJING/ANJING

Binatang haram yang aku rasa memang tak mungkin aku akan berbaik atau bersenyuman, iaitu hanjing. Pantang tengok orang lalu depan diorang, mesti nak menyalak. Lepastu aku yang innocent ni akan terkejut bila dengan salakan hanjing2 ni. Apa lagi, terus rasa macam nak ambil batu nak baling dekat hanjing2 ni kan. Bila tuan dia buka pintu, kau buat2 main batu seremban depan rumah dia. Siap bersimpuh lagi. Kalau nak meriahkan lagi keadaan, kau buat2 gelak sorang2 sambil bertepuk tampar dengan angin (konon2nya korang tengah bergurau dengan kawan korang la) Walaupun member korang takde. Mesti tuan dia ingat korang down syndrome, lalu senyum melihat korang. Sobs sobs :')



4.INJECTION

Kesian kita semua, masa kita baby dah kena inject. Siap tinggal kesan lagi sampai sekarang. Tapi masa baby takpelah, aku tak kisah sagat. Ni masa darjah 1 kena, darjah 6 and form 1/2 tak berapa ingat. Setiap kali aku nak kena inject, mesti aku doa macam2. Selalu bila tanya orang besar, "sakit tak kena inject?" diorang mesti jawab "Alah, macam kena gigit semut je, tak rasa apa." Apa, ingat kalau korang cakap macamtu aku lega la? Aku lagi berdoa macam2. Doa macam2 sangat, sampai doa makan termasuk sekali. MashaAllah, mashaAllah..Malunya.



5. HOMEWORKS

Dalam empat2 benda yang aku listkan tadi, ni paling aku benci! BENCI sampai tiada tahap. Memang semua benda tak boleh halang kebencian aku dengan benda alah ni. Menyampah betul bila cikgu bagi homeworks. Terus buat muka tak setuju. Kalau boleh rasa macam nak bako2 je buku sekolah. Sabo jelahhh...